Kelas Kemahiran Menaip (Bahagian III)
16 April 2016 | Aktiviti TerkiniPada 15 April 2016, kelas kemahiran menaip untuk pelajar sekolah rendah telah dijalankan. Kelas dijalankan di Bilik Latihan, Pusat Internet Sibuluh. Seramai 10 orang pelajar sekolah rendah menyertai kelas tersebut. Teknik menaip secara online ini sangat mudah digunakan dan menyeronokkan. Ia dapat melatih para pelajar untuk membiasakan diri mereka dengan penggunaan keyboard untuk menaip.
Kebaikan dan Kelebihan Program:
- Untuk mendidik pelajar untuk menggunakan komputer dan internet dengan cara yang selamat.
- Memupuk sikap bertanggungjawab terutamanya dalam penggunaan kandungan berangkai secara positif.
- Menggalakkan belia dan masyarakat sentiasa peka dan berwaspada semasa berinteraksi di dalam talian.
Aktiviti yang turut diadakan:
- Kuiz Klik Dengan Bijak
- Tayangan video KDB
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: